Saturday, December 4, 2010

Karangan kasi cikgu sakit jantung


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabas pun belum ade teknologi untuk masalah ini.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ” Adoi! ” . Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.

Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ” Adoi..! ” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. >Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

p/s Aku tengok pun daa separuh mati. wakakakaka

Nak pergi berperang ke nak amik gamba?


hello brader, mau pergi berperang ka? Jangan begitu. Saya takuutt. Huuuaaaa.
Tertanye tanye, adakah ini cemera? Nih bazuuukaa nih. Lense die bukan main beso layi. Dah boleh teropong bulan dan plenet lain nih. Bob Kuman pun da boleh nampak. hihihi. Brader rock bebeh !! Seluar pendek mu bagai menampakkan kaki mu yang berbulu bulu. Kasut mu bagai serupa kasut sekolah ku yang putih melepak.

Ecececececeh, bangga siot


wow, gile terkejut beruk aku. sriyes!! overexcited pulak ehh. hahahaha
Aku memang tak menyangka laa. tuptup bukak profail popular hari ini me from the top. wow! jadik beruk aku sehingga melumpat lumpat. are you kidding me? real ke nih? hahaha. memang tak caye laa. aku budak baru layi. hihihi. terima kasih daun keladi kepade semua yang sudah menziarahi and follow belog ini okeyyPhotobucket

Friday, December 3, 2010

budak baru layi di blogger ini

budak yang taktau hape hape pasal blog ttbe boleh jadik sebahagian dari gengblogger. pelik. hihihihi


macam gini rupe aku bile nak memikirkan idea untuk buat entry baru. mau tuka header baru , background and macam macam layi. sebaik ade kakak aku yang membantu buat header kat atas tuu. comel tak ? Die da lame berkecimpung dekat blog nih. Aku niy tak sampai setahun da macam orang tue da lupe password sampai kene buat layi satu blog. hihihi. so sape yang menziarahi belog ini rajin2 la follow and blogwalking ehh

idola yang aku tergila gila kan sampai aku dah jadik gilaa

        
Penyanyi dan pelakon korean yang dikenali zaman ini. Super junior Sungmin, Girl generation Sunny, Yoon  Eun Hye dan 2pm Nichkhun. Hensem hensem dan cantek bukan ?

makhluk halus menjerit sana sini

Search punye search tertekan video makhluk yang terhalus sangat niy. memang dah nak terkeluar jantung aku pergi dekat bawah katil bile tengok gigi die yang menyeramkan dan bulu roma aku naik bertingkat tingkat macam mangkuk tingkat daa. suare die bagai menusuk gegendang telinga aku. aku mengucap dan terus mengucap. astaghfirullahalazim. tapi perasaan takut datang kembali sebab MATA nya MATA MATA MATA nya sangat menakutkutkutkan !!!!


klik sini untuk lihat video tersebut : VIDEO MENAKUTKAN



inilah makhluk halus yang aku cakap kan tuu. taaaakut takkkkk? :P

Sunday, November 21, 2010

Skuad Malaysia di Sukan Asian Guangzhou,China




VS

Guangzhou , China - Lin Dan china dan Datuk Lee Chong Wei malaysia world raking no 1 akhirnya sukan asia meletakkannya di gold medal final men single. 

Setelah kekalahan, Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Olimpik beijing 2008 kini berterusan di sukan asian game di guangzhou china. Set yang pertama Lin Dan menang 21-13. Set yang kedua Datuk Lee Chong Wei menang 21-15. Datuk Lee Chong Wei dalam keadaan tertekan apabila di rubber set Lin Dan mendahului mata 6-1. Datuk Lee Chong Wei akhirnye kalah di tangan Lin Dan sekali lagi dengan mata 10-21. Perasan kecewe terhambar di muka Datuk Lee Chong Wei dan penyokong Malaysia yang kini hanya memungut 5 emas.




Squash Datuk Nicole Ann David ratu squash negara dan Muhammad Azlan Iskandar meletakkan Malaysia di sukan asian game pemenang bagi perempuan perseorangan dan lelaki perseorangan. Ong Beng Hee juga memberikan sumbangan gangsa dalam lelaki perseorangan apabila bertemu dengan lelaki pakistan  Aamir Atlas Khan. Datuk Nicole Ann David menang di set pertama apabila bertemu Annie Au dari Hong Kong 11-8. Set kedua Annie Au menang dengan mata 8-11 dan Dtauk Nicole Ann David bangkit dan menang 3 set dengan mata 11-8, 11-6 dan 11-7.  Muhammad Azlan Iskandar di sukan komonwelth hampar dengan kekalahannye. Kini Azlan bangkit dengan memenangi di sukan asian game final men single bertemu Aamir Atlas Khan dari pakistan dengan mata 11-6, 11-7 dan 11-6.